BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

19.12.09

Tangisan yg tidak didengari




Perancangan awal ke rumah titian kasih berjalan dgn baik sekali. En. Ariff melahirkan hasrat untuk sedekahkan nasi ayam kepada anak-anak di situ bagi meraikan hari jadinya.

Saya dan keluarga, sekadar yg ada memberikan sumbangan apa yg mampu. Kami mendengar suara dari sana... menanyakan apa yang kurang dan bantuan dlm bentuk bagai mana harus kami berikan.


Bersempena bulan Muharram 1431 Hijrah ini, kesempatan utk bertemu dgn anak-anak yang kurang bernasib baik ini adalah satu sejarah yg terlukis dlm hati saya buat selamanya.


Sebagai wanita, hati saya tersentuh dgn keletah anak-anak ini. Apalah yang mereka tau ttg kehidupan yang mereka lalui. Sesetengah dari mereka memandang saya dgn pandangan yang kosong. Saya tidak dpt membuat tafsir atas pandangan tersebut.


Walaupun ada rasa terkilan mengapa anak-anak ini dibiarkan di sini, namun kita semua tidak sebenarnya apa sebenarnya yang berlaku. Tentunya Allah lebih mengetahui mengapa mereka semua berada di situ.

Walaupun saya tidak perlu berkesempatan utk menjadi seorang ibu, hati kecil saya tetap terusik apabila melihat wajah kecil ini. Adakalanya saya bertanya dlm diri, mengapa Allah tidak memberikan kesempatan utk saya menjadi seorang ibu. Namun, DIA lebih mengetahui akan setiap perkara yang berlaku atas saya sebagai hambaNya.

Ianya sekadar bermain dlm minda saya, tiada sesiapa pun yg sebenarnya memahami apa ada dlm jiwa saya yg paling halus, sesungguhnya DIA sahaja yang maha mengetahui.