Saya terima satu email dari seseorang yg tidak saya 'perasan' akan namanya. Dia minta di'addkan' dia dlm buku muka saya... ermmm
Memandangkan nama beliau tidak begitu 'familiar' jd saya pun bertanyakan kepada tuan puan diri, siapakah gerangan tuan hamba....... cewah!
Ok dia pun jawab laaa yang dia adalah kawan saya semasa saya belajar di Sekolah Puteri dulu masa thn 90/91.... bila dia berikan nama penuh... ok ok ok saya teramat kenal.
Jd perbualan kami pun bermula di YM.... ermmmm
Seperti biasa, bila kita bertemu kawan-kawan lama, soklan-soklan cepu-gangsa-emas-berlian 24 karat adalah... "BERAPA ANAK ENGKO" .... phewwwwwwww
Yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian alam... org tak tanya kita berapa bijik umah kita ada... berapa bijik tayar keta kita simpan... dan berapa byk $$$$ yg kita laburkan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur.
Saya jawab.... sekor jerrrrr (tu kat sebelah) sambil display gambo anak berbulu saya yg gebu gedebuss bernama La Diva La Lola.
Perbualan jadik panjang lebar......
Tp sebenarnya itulah kehidupan... bila kita lama tak jumpa kawan kita time kita berhinggus tak reti nak lap sampai laaaa kita dlm usia remaja yg tengah menggedik, tambah pulak umur dah 30an.. sure kawan-kawan lama excited nak tau pasal perKKEEMMBAANGGan diri kita.. dari sekecil benda sehingga setingggi KLCC.
4.9.09
Kawan Lama @ Buku Muka