BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

11.8.09

Teman lama @ cyber


Alam Maya
Ruangan Maya
Maya Karin?????
Ruangan Cyber

Betul laa orang kata, zaman skrang ialah zaman tanpa sempadan. Sejak saya berhenti mengaktifkan diri dalam forum yang 'ada nama' kira-kira 24 purnama yang lalu, saya kureeeng minat nak menyertai mana-mana forum alam maya yang membuatkan saya kenal org itu kenal org ini secara aktip haaaa.

Saya akui, kebaikan mengenali org lain menerusi ruangan tanpa sempadan ini byk risikonya. Saya mengenali ramai org secara maya yg tidak mahu mendedahkan identitinya secara terang dan ikhlas... Antara sebab saya menarik diri atau mendiamkan diri dari sebuah 'persahabatan' antaranya ialah tidak ada KESHERASIAN... boleh giteww?

Di alam maya ni.. org pung pang pung pang boleh memperkatakan apa juga cerita... sangat fasih bak penglipurlara lagaknya.... tp hakikat sebenar ianya hanyalah sejibik tin kosong yg isinya tarak... bising saja lebey!

Tapiiiiii.... tidak laa saya nafikan menerusi ruangan maya ni juga, saya berkenalan dgn beberapa insan yang boleh menjadi kawan yang sgt rapat dan berkongsi cerita juga masalah dalam suka dan duka.

Kesimpulannya... bukan semuanya buruk, byk juga baiknya. Sepanjang saya berkecimpung dlm arena yang tak berapa nak ber'Maya' ini... saya selami beberapa cerita, watak dan adengan yang kekadang tak berapa boleh diterima dek akal saya yang tak berapa nak panjang ni.

Tp saya simpan saja dlm saluran darah yg paling halus dan lubang yg paling kecik dlm ati saya ini. Sebab kalo terkeluor nanti... ada org lain yg terkesot hatinya... haaaa giteww!

diamnya saya bukan kerana saya sombong... tp saya rasa tidak ada apa yg perlu di omongi... errrr kan ada org veteran ckp "diam-diam ubi berisi" "diam itu lebih baik dari berkata-kata"

bley?

Sebagai seorang yg tak berapa byk ckp di pejabat (sure org tak percaya) dan juga tak byk ckp di rumah (errr saya bukan seorang yg pendiam hokey!).... Saya tak berckp sebab tak der teman berbual... kek pojabat den sorang.. kek umah pun den sorang... paling-paling den bercakap yo ngan si lola gebuss.

Kebetulan pulak dlm duk berborak tanpa suara kat kt alam maya... ada la kenkawan duk nyuruh saya 'mencreate'kan BUKU-MUKA ngeh ngeh ngeh. Disebabkan dia selalu paksa saya membukak itu BUKU-MUKA... jd saya pun bukak dan sekrang bermuka-muka laa saya dgn sukahatinya...

Rupanya bagus gakk BUKU-MUKA ni... kat sinilah saya jumpa kenkawan lama time ingus tak kering lagi dan nak pulak terjumpa pulak kenkawan yg time sekolah dulu dia lah gengster ala-ala kampung dusun walopun sekolah pompuan.

Kesimpulannya... pd saya teman siber tak boleh menandingi teman yg pernah hadir dan membesar bersama-sama kita. Teman bergaduh kita time kanak-kanak. Teman bergocoh (ckp Pahang) time sekolah dulu. Juga sebenarnya teman yg melihat kita dlm rupa yang sebenar (selekeh, bau masam dan kedegilan)

Teman siber... teman yg kita kenali menerusi alam maya yg kita senangi dan cuba mengenali secara lebih dekat dgn rasa dan perasaan yg matang. Kita menilai dari apa yg kita rasa secara individu, keikhlasan mereka terserlah. Saya hargai setiap kawan yg hadir dlm hidup saya sama ada secara siber atau teman persekolah sejak kecil, kerana dari mereka saya belajar mengenali diri saya yg sebenar.