BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

19.7.09

Medan Lagi

Ni antara gambar-gambar yang menarik bersama mak n my sis. Me suka gambar 'reflections' tu, nampak menarik sangat.




18.7.09

Simarjarunjung

Kami ke Simarjarunjung, Parapat. Tempat ni sungguh cantik dan nyaman, udara sangat segar sekali dan dari sini kami boleh melihat pemandangan Danau Toba. Kalau sunset lagi happening ni. Tersangat lah sejuk walaupun matahari tegak atas kepala. Sungguh best tempat ni.

Ini ialah hotel yang terdapat di Simarjarunjung. Semasa kat sini kami dihidangkan dengan teh halia + goreng pisang. Teh halia dia sangat best, tp pd sesiapa yang tak suka... mmg la tak suker. Harga teh halia + goreng pisang ialah Rp 10,000.00 lebih kurang Rm3.50. Minum teh panas-panas ngan goreng pisang.... perghhhh! Nak pulak suasana yg nyaman lg sejuk.

ramuan teh halia yang trdiri dari halia, serai, gula merah dan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengih dan buah pala)....

Goreng pisang yg sangat mabelesss uolss. Sedap dan rasa sungguh tak cukup heheheh. Abaikan jari yg tak cantik itu coz it belongs to my sis...

Me n mummy posing kat atas bukit.... sejuk ngan angin kuat... suka banget!. View kat belakang ialah dipenghujung Tasik Danau Toba.


Antara bunga yang ditanam di sekitar hotel, dijadikan hiasan atas meja, nampak menarik


14.7.09

Danau Toba - Day 2

From Medan when went to Danau Toba and spend our night there.... Hotel kami duduk tu betul-betul kat gigi air Danau Toba. Sejuk jerr tgk pemandangan. Mlm tu duk kat bilik jer lepas dinner... koser nak jenjalan!




Ni bot yg ada kat gigi tasik tu. Mebe private boat org kat sini. Photo was captured dari tingkap bilik jerr... tak perlu nak turun bawah utk amik gambor.

Bawah ni pulak sebahagian dr view Danau Toba... pun captured dari bilik juga.



This what I had for bekfes that morning... minta cili potong... perghhh heavea you!



Lepas bekfes kami bertolak ke Pulau Samosir menaiki ferry. It takes about 45 minutes to reach there. Pulau Samosir ni dihikayatkan dgn kisah si pemancing ikan bernama Samosir yang terpancing seekor ikan emas. Tup-tup ikan jadi org... dah jd org, samosir ajak kwin. Ikan kata boley kawin tp jgn duk sebut-sebut pasal dia ni asal dari ikan......

Satu hari aaala.. dah gado-gado tu, Somasir tersebut laa pasal bini dia asal dari ikan.... hambikkk terus kena sumpah jadi pulau... al-kisah!


Ni kat jeti Pulau tu.... antara ferry2 yang dah selamat landing kat situ membawa pelancong. Ramai org Msia jerrkkk kat situ.



Omaak! ati-ati yo omak oiii, kang tongolam dalam tasek tu kangggg.



Bila mendarat jerr, terus laa ramai para peniaga yang mula laaa nak nyuruh kami ngabihkan duit kami org yang juta-juta tuuu. Tgk tu, kiri kanan org duk njual baju dan mcm-mcm benda lagik laaa. Tp kalau pandai menawar, baju bebudak sepasang bleh dpt dlm 5-10 hengget jer sepasang.


Ni pulak pintu masuk ke area org Batak. Pintunya dibuat muat-muat kobau ajer.. kalau badan lebih bosar dari kobau.. jgn laa duk masuk, kang tersopit sapo nak nolong hah!


Ini lah rupa umah org Batak. Diceritakan bentuk melengkung pada atap rumah adalah sebagai satu simbolik yg mana mereka dulu dtg berhijrah dari jauh dgn menggunakan perahu. Bagi mengenangkan jasa perahu, mereka abdikan pada rumah supaya dorang tak lupa dari mana dan susahnya dorang nak berhijrah.



Ini pulak tangga batu dorang nak naik. Ni kat tepi umah, unik betul reka bentuk tangga ni... tak pernah jumpa laa cengini rupa.



Ini pulak, tempat dorang bersidang. Bermesyuarat kaedahnya!



Yang ni pulak tempat dia mancung kepala org. Dorang ni mengamalkan hukuman ala-ala hudud. Kalau mencuri... ya dipotong tangannya ya pak!. Diceritakan dorang ni mmg laa 'orang makan orang'. Dulu-dulu orang yg bersalah akan dijatuhkan hukuman pancung kepara....

Sebelum dorang pancung, dorang akan uji dulu kekebalan ilmu pesalah, yelah kot-kot ada yg tak lut kangggg. memula dorang akan toreh badan sipesalah dgn pisau... kalau sipesalah steady jerrr... wat derk tak sakit kaedahnya... dorang akan perah limau...... haaaammbik! Kalau dah melolong tu... tak der laaa kebalnya. Kalau steady masih senyum kambing... dorang akan wat laaa upacara buang dulu ilmu kebal yg ada baru dorang pancung.



Bila dah pancung, dorang akan tanya laa ketua-ketua puak kat situ, nak buat aper ngan mayat tu... saper nak part yg dorang suka buleh laa amik wat masak lemak kaa.. singgang kaaa, goreng kunyit kaaa, pendek kata ikut suker dorang laa nak masak aper.

Bg org yg ada ilmu... mayat ni mmg laa org suka makan sebab boleh menambahkan kebal 'power' gituh!.... dorang bersihkan mayat ni kat tasik, pastu minum airnya... perrrrghhh sedap laa kot!

Tukang pancung tu plaaakkk, akan amik rambut mangsu letak kat tongkat kuasa dorang.... lagik byk rambut kat tongkat tu... maknanya banyakkk laa org yg dia dah tebas....


13.7.09

Medan... Off we go!


Ya.. kami ke Medan... cuti-cuti makan angin. Me pergi with my sis n the gang. We brought ur mum along. Payah betul nak ajak dia gi jalan... byk betul alasan dia. Last words dari kami.. ok nak pergi... jom.. tak mo pergi pun tak per, after all me tak rugi apa-apa except for my sis. Shes the one yg belanja my mum hehehehe. As for me, hello! I paid for myself hokeyy. Theres no 'bapak gula' yang belanja....

Flight kami 7.20 pagi. Jam 5pg my sis dah jemput me kat umah. Then terus gerak pg LCCT. We had our early breakfast at McD.. Pastu we all check-in. Dlm Flight tak sempat nak wat aper-aper, cuma a few shot was taken before flight take off. While on plane, duk sibuk isi a few forms such as immigration form and since its an outbreak of H1N1, all of us need to fill in a form on our health condition. After 45 mins, we safely landed at Bandara Polonial Medan Airport. Kocik ajer airportnya... boleh laaa

Ni bukan bapak gula, ni adalah bapak Jack.. our tour guide sepanjang percutian kami ke Medan. Bagus bapak ini kerana infonya baguss.. mau ke mana aja dituruti...


next! we arrived our first visiting site, The Istana Maimoon. Istana ni kepunyaan Sultan Deli. Sebab kesultanan sudah tidak lagi diiktiraf di RI, maka secara otomatik dorang tak der kuasa. But from time to time dorang akan buat majlis dan semua kaum kerabat dorang akan hadir dan berkumpul kat sini. Sultan yang berkuasa sekarang berusia 11 tahun dan mengambil alih kepimpinan selepas kemangkatan ayahandanya. Bondanya org Msia... Perak tak silap.


Ni Tengku (lupa namanya) dia adalah org yang diamanahkan untuk menguruskan Istana tersebut. Bondanya berasal dari Selangor. Since it was Friday, dorang ada buat jamuan untuk meraikan anak yatim selesai pulang dari Solat Jumaat dan kami digalakkan untuk memberikan sumbangan ikhlas. Both rupiah/ringgit are acceptable.


Ini chandillier yang ada dalam Istana tu. Cantikkan, classic sangat



Kerusi Sultan... posing sakan kami org kat sini (opss xbley laa upload.. malu weh!). Semua ala-ala pengantin kaedahnya.



Ni kerusi rehat kat luar, me suka bebenda mcm ni, lepak petang-petang kat luar.. mcm best kalau ada rumah kg n ada pulak furniture classic untuk upacara lepak-lepak ala-ala sambil makan goreng pisang.

Selesai visiting Istana Maimoon, all of us heading to amender ek nama tempat tu? Tempat beli telekung, kain pelekat dan juga baju batik.

Me tak sempat nak amik gambor upacara shopping sebab tgh pening mcmana nak bargain, nak pilih design, dan paling membiolkan ialah nak covert duit supaya jgn kena 'potong kepara'...

Kat tempat shopping ni my mum won the best 'shopaholics award'. She bought 20 pasang telekung, 10 helai kain pelekat, 10 helai kain batik.... semua untuk anak-menantu-besan-cucu. As for me, I'm only buying satu pasang kain batik yg dah siap dengan beadings, 5 pasang telekung as a gift for my close friends and sepasang kain pelekat for my BFF (Best Friend Forever ehem!)

How much do we spend here?... I spend 1.3 millions hehhehe and my mum almost 2 millions. Phew kaya kan? In RI, we only talk about 'big money' and how rich we are. U need 1k to go for ur 'nature calls' hehehe, that expensive huh?!!

For me its expensive laaaa.. 1K equivalent to 35 sen ok. Hello! nak pee pee pun cost u that much...sigh!


Ok, after finishing ur shopping spree, kita org pg ke restoren Lubuk Idai. We had our lunch here. Makanan dia mmg sedap bangatttt, buat gue rasa mau makan dan makan dan makan. Kat sini makan bersila.... sesungguhnya melayu!



Lepas lunch, kami meneruskan perjalanan ke Danau Toba. Ni antara pemandangan yg menarik sepanjang perjalanan.

Machet! manchet di Kota Medan.



Oh kome.. do'yan udah luruh, .... my mum nak sangat mkn do'yan Medan, tp tak der rezeki. All the way from Medan to Danau Toba we can see ppl selling it on the roadside.



8.7.09

Kangan sama lu la boss

Betui kaaa apa yang aku taip ni?.... Yes aku kangan sama aku punyer boss. Bukan... aku bukan jatuh chenta sama dia... aku kangan sama dia saja dong...

Sudah lama dia pg ober the sea... dan skrang dia kena kuarantin sebab H1N1

Aku tetap kangan sama dia (walaupun dalam hati aku terlompat-lompat gumbira)


*betapa hipokrit nya aku*... hikssss

Atin, Aiman n Zara (dan juga dot dot dot)


Anak buah aku mmg ramai.... 14 kot?
Tp yg 3 ni jer yg mcm dekat sket
yg kira-kira boleh marahhh arrr tanpa sekatan jalanraya

Yg atin dah anak dara... dari kecik aku duk usung ke hulu dan ke hilir
Yg aiman plak... tak der atin, dunia dia jadi kecikkkkkkkkkkkkk
Yg zara?.... belum lagi nampak perkembangan.... pipi dia jer makin kembangggg

Cuma aku harap dorang ni, jadi anak yg berguna kendian hari, belajar pandai, dpt kerja yang baik dan bijak untuk membezakan yg baik dan buruk dlm kehidupan dorang....

Aku sekadar mak chu dorang jerrr... esok2 dorang dah berkeluarga... aku duk celah mana dalam hati dorang pun tak tau arrr...

Kerja? atau mkn gaji buta

Busy? Tak laaa.. time ni boss gi Canada-Bahrain... So.... buat mcm ada kerja


Tetiber.... terbizi plak walaupun boss tak der Yeah! Jgn buat kerja untuk saya... tp bekerjalah bersama saya